Friday, April 29, 2016

bombay!

Salam Semuaaaa

Siapa suka makan nasi daun pisang?? nasi beriyani? boleh la try kedai Bombay ni. Sebaris je dengan kedai Aliff. Langkah je kaki masuk bombay ni, terus rasa nak senyum. i jarang ok pergi makan kedai mamak2 ni. Eceli kami nak pergi makan sara thai, tapi mengenangkan musim panas sekarang. Mau berpeluh2 nanti. alasan . hahaha Kedai bombay ada aircond..kihkihkih

Encek suami nak pergi maghrib kat masjid besar dulu, nampak pulak bombay ni tepi jalan. Terus member bagi cadangan makan kat bombay. i mula2 diam je..tengah fikir macam mana nak makan nasi daun pisang malam2 ni..choiii. i bukan la penggemar nasi daun pisang. dengan nada perlahan cakap ok je mane2 ponnn... Maka termakan la kami di Bombay ni. encek suami ntah brapa kali repeat dah Bombay ni, i first time..huuu

Bombay punya pasal terus kakak tak boleh ikat rambut. i biarkan je. Merasa la kakak rambut curly2 macam dawai. Terus feeling2 hindustan..hihihi Naseb la Bombay ni ada jual masakan panas. Terus laju2 order nasi goreng. Janji bukan nasi daun pisang. Tengahari boleh la, malam tak lalu weyhh..

 

tengok gambar je ye.

encek suami tengah teliti menu. Nak makan apa ntah.

Sengeh sengeh je yang adeq ni. Skali pelayan kedai tegur, terus huwaaaa. Nangis! Apa pon tak boleh .


Ibu : ce kakak try, air tembikai ni
kakak pon sedutt..
kakak : ok ok..sedapppp!!!


Nasi goreng vegetarian, nasi goreng ayam, ayam masak cili. Udang goreng, Air kopi o dan air tembikai (tak de dalam gambar). Total RM29 kot..Tak ingat sebab encek suami yang bayar.

Nasi goreng dengan ayam. Sedap jugak. Just nice.

 Kenyang jom balik rumah.



 
tolong la rambut tu kakak...huuuuuuu

Thursday, April 28, 2016

Farewall Kerol

Salam semua...

Seperti yang dah di plan, hari ni opis buat makan-makan. Sempena si kerol anam nak berambus berhenti kerja, dapat kerja lain doh. Order kepci je dan kek secret. Kerol ni antara staff paling lama kat opis ni. skang mendahului carta pokpih, tempat kedua k.bad, tempat ke-tiga kerol. 

Tak yah cakap banyak, moh kite layan gambar.!

 Dierg p derma darah, kat hospital ni je. i pon nak derma jugok, tapi tak dapat sebab menyusu badan.

 kunun2 potong kek

 Tuan blog sibuk nak bergambar jugok.

 Tuan blog, k.bad, nora, jan. Bakal daddy nak potong kek

 penampakan entiti di situ. korang nampak? haha


 Layan kan je la

 Tolong cepuk sikit budak senget kepala tu. 

 boboboi opis. syam, zulia, kerol n poporo. hihi

malas nak taip dah.
 





Buat khairool Anam, selamat maju jaya kat tempat baru. Nanti pokok blueberry kt umah i dah besar, moh la datang ambil. ngeh ngeh.


Monday, April 25, 2016

Pagi with love

Pagi tadi..

Encek suami : rambut sy ok x?
Bini : nape, ok je.
Encek suami : sbab awk ckp ok, nah dapat duit

Sama² gelak. Hahahaha



air mangga best in town!!

Thursday, April 21, 2016

selamat ulang tahun!!!


salam kawan

Hari ni 21 april 2016 genap lah 31 tahun umur kak Intan. Siapa Kak Intan ni? alien ke? kuikuikui. Kak Intan ni the only one kakak yang aku ada. Kakak betul la, sedarah seibu seabah..hehe. Sekejap je masa berlalu, ingat lagi dulu2, dengar radio dalam bilik sama2, konon2 sambil buat kerja sekolah la..paling tak boleh lupa, kena lempang sama2 dengan abah. haha. Merasa la tapak tangan abah besar mana. Time tu sekolah menengah, aku ting.2 kot..x ingat sangat. Keluar bandar dengan Kak Intan, naik bas. Dulu2 kalau nak keluar samada dengan abah or abah or abah..hoiii. abah mana ada bagi kami naik bas. tu curi2 je. Seronok sangat dapat naik bas. ye ye ye! kenapa ea pergi bandar?? ntah la..tak de memori, lupa dah. yang pasti balik je rumah, pangg!! sorang sedas dapat penampar. Padan muka!

Masa kami kecil2 dulu, mak abah bela arnab. siap ada kandang arnab kat belakang rumah. kami ni suka sangat p main. Kandang arnab ni special, naik tangga kemudian bukak pintu. macam rumah kan. Ada satu hari tu, Kak Intan p main dulu..dah macam arnab dah, join skali dalam kandang tu..tengah syok die main, kami ni datang kunci Kak Intan dalam kandang arnab. nak sangat main kan..kuikuikui..kenangan.

di mata aku dulu, Kak Intan ni rajin sangat. Dari kami kecik2 lagi. Mungkin sebab die kakak, atau aku pemalas telampau. kihkih. Semua mende dalam rumah tu die tau buat. Sapu sampah, sidai kain, lipat kain, masak, macam2 la..aku dengan ecah(adik) padan tengok je la. Sebab tu aku dengan ecah malas kot. Ingatan aku, nasik goreng Kak Intan sedap sangat. eh, semua dia masak la sedap. Pelik aku.








Ni la Kak Intan nye.Ibu yang ada boboboi kuasa 3. Iman, Hazim, n Hakeem. Tunggu apa lagi, cepat la produce Puteri pulok..ngeh ngeh ngeh..

Sayang ang dunia akhirat. Amin~

Tuesday, April 19, 2016

sweet dream

Hye hye hye.. start semalam sampai la rabu malam khamis, berkampung la kami kat rumah tok abah. Encek suami gojes pergi kursus. Budak 2 orang ni, seronok je kan, main main main. Bentangkan tilam depan tv, baring la anak2.


 tengok tu...tengah sibuk maen menekk (manik)

 adeq anfaal berusaha nak ambil jugak..

 akhirnya kakak bagi mangkuk je adeq main..hihihi

 sibuk dengan menekk dia..

dah puas main menekk, terus salin baju. kakak style salin baju, kena ada tisu basah. lap kan seluruh badan lepas tu baru tukar pampers. ngada taw. lepas je habis lap badan kakak, opah tegur

opah : kakak x nak mandi ke? opah dah sediakan sebaldi air kat bilik air tu.

almaklum la sekarang kan musim panas. kakak apa lagi, suka sangat boleh main air. sejukk... dah siap semua bagi kakak susu, lepas tu tido. alahai anakkk...senang la pulak tido. 930 malam da mimpi main laut..kihkihkih

 tido siap pakai jam..ceewahhh

ini budak je tak mau tido lagi. penat dah ulik mayang bagai. tersengih sengih. hehehe kita dah siap tukar pampers, plug in susu tak taw berapa kali. tak mau jugak tido.



 last2..tido jugak anak2 ni. tengok la gaya tido tu. adeq paling win skali kalau bab2 tido. kemain lg. ok, ni ibu nak tido mana?? lantai???


 ni mee lidi goreng pagi tadi. semalam pun breakfast ni jugak. tak puas lagi. repeat lagi hari ni.. hehe. sedap bohh!!


kudapan di tengah hari. keropok lekor, keropok keping dan ubi goreng. bantai p beli 2ringgit.

jeng jenggg.. ni menu of the day. lunch kita nasik putih, tempe belado dan sayur. mantap weyh. baru 4.50 ni. dalam plastik tu kuah kari sahaja. oh sedap nya..


by ibu amanina

Friday, April 15, 2016

Hai Hai Hai

Salam semua. dah lama tak bersiaran..sebenarnya dah hampir lupa kewujudan blog ni. kehkehekeh
 Last entry thun 2013..aigooo lama dah tu..
meh kita intro my cute little angle

Anak no 1 : Nur Aleesya Binti Mohd Rizal (2 tahun 3 bulan)
Anak no 2 : Nur Anfaal Binti Mohd Rizal (minggu depan cukup 8 bulan)





 cukup dulu. nanti kita bersiaran lagi.

Tulisan Ibu Amanina