Thursday, June 30, 2016

Hujung minggu

salam semuaa

Ni hujung minggu sebelum puasa. layan gambar je ea. Malas nak taip.

 
ni kat rumah mak mertua. zafran makan limau


adeq anfaal


kedai abang wangg. 


makangg mee calong


lepas tu singgah pulok beli air mangga sedap


kakak pon nak jugak buah potong ni.


malam p melawat tok abah jual bundle


sama sibuk pilih bundle.


siap kemas bundle, p makan kedai aina.


Friday, June 10, 2016

Puasa

salam kawan2

Macam mana puasa korang semua?? meh nak story puasa i tahun ni.

Tahun pertama puasa : first time puasa mengandungkan aleesya
Tahun ke-2 puasa : first time puasa sebagai ibu anak kecil
Tahun ke-3 puasa : first time puasa sebagai ibu anak kecil dan mengandungkan anfaal
Tahun ke-4 puasa : first time puasa sebagai ibu kepada 2 anak dan menyusu.

Tahun ke-4, (tahun ni la) la yang paling mencabar skali. Walau pon puasa baru masuk hari ke-5. Tahun sebelum2 ni, i is katang okay, rilek je puasa. tahun ni, hari pertama lagi dah rasa nak mintak nyawa extra..x larat..jalan pon rasa nak pitam. Tak sampai setengah jam nak berbuka, i da baring je kat kerusi, macam orang sakit. serius x larat.

Hari ke-2 pon same. x larat jugak. rasa nak lempang diri sendiri. stress..Nak nangis, nak marah, nak meroyan..semua ada. tapi x tau nak lepas kat sapa..huhu. Hari ke-3 pon sama. Tak boleh jadi ni...mahu ak rukhsah nanti..maklum la, minggu pertama puasa i oncall, x payah masuk ofis, jadi anfaal melekat je macam magnet. Dari pagi sampai malam, dari malam membawa ke pagi..hoiii..xsempat nak rest. tekak pon dahaga gile.

Lepas berbuka puasa, ajak en suami pergi Giant. Nak beli pampers anak2. Alang2 pergi tu, i pon sakan la borong jugak. Oat, nestum, milo..Nak buat tambah tenaga..bace dalam group #bfmember.


 dari kat rumah lagi duk menyanyi nak vitagen. layan kan je..

 port wajib singgah di Giant!! ibuuuuu..ikan keliii kan...

Balik rumah i laju2 buat ni : 
2 sudu milo
2 sudu nestum
2 sudu oat
5 bijik kurma (carik2 je) 
kismis ikut suka nak letak banyak mana

tadaaa!!

kalau ikut group tu, blend kan semua. i takut tak lalu nak minum je. jadi jalan paling selamat. ni la. Dah la i ni x suka makan oat! Rasa dia not badddd...hahaha. Sampai kene cukai dengan aleesya dan anfaal. Aleesya sibuk nak nak nak.. ibu letak coco crunchh kee? mace2 mu anok.

sebelum tido dan bangun sahur i cuba praktik minum ni. Alhamdulillah setakat ni rasa macam bertenaga semula..legeeee..so ari ni boleh la nak p singgah mana2 bazar.. sebelum ni, tolong la..keluar rumah pon i x nak. Bukan nak diva sangat pon, x larat je. Sebelum i jadi mak singa, baik duk diam2 kat dalam rumah tunggu azan.

Moga2 terus istiqamah tuk puasa penuh sebulan dan menyusukan anfaal!!! go mekna go!

pssttt ... ari ni birthday baby besar kite..Happy birthday baby..may God bless u n me..i love u to the moon and back..