Salam
Bulan lepas beli buku islamic ebook. Lama dah buku ni ada kat pasaran, cuma x terbeli je. Kebetulan pulak yg jual tu senior sekolah. Maka moh la kita support, membeli la..haha padahal memang kuat shopping pon. Sebelum tu, dah mintak izin pocik tu dulu. Mujur la pocik approved, tapi dengan syarat duit dari poketku. huhu. Terima kasih la bagi keizinan bini membeli belah. <3 nbsp="" p="">
3>
takde any expectation pada aleesya dan anfaal. Beli for fun.Asal dua orang ni bahagia, gembira main sudah. Islamic e-book ni pakai bateri. 3 biji. Bila tekan kat gambar kucing, nanti keluar bunyi kucing, tekan gambar pengiun, bunyi penguin. Siap ada bahasa inggeris dan bahasa arab. Boleh pilih mana satu nak dengar. Setakat ni yang paling peberet Aleesya bab lagu dan 99 nama Allah. Hat tu je la yang Aleesya duk tekan, lepas ulang, ulang lagi.Mula Aleesya pasang dengar je..dah main hari-hari dengar ni. sekarang kalau pasang, Aleesya da boleh ikut sikit-sikit dah.
Ni kandungan islamic e-book tu.
Hari pertama beli. Anfaal boleh pegang kotak je. Memang Aleesya langsung tak bagi adik dia pegang. Dengan ibu dan abah pon tak boleh pegang. Dia punya la seronok tu, benda baru kan.
Ajar sekali je macam mana nak tekan, nak bagi bunyi, tekan suara. Lepas tu boleh dah explore sendiri. Mulut tu berhenti-henti cakap
Terima kasih ibu...kakak sayang ibu..
ibu beli kat kakak ke..
saya suke saya suke..
saya sayang ibu..
Terima kasih ibu!!
Dia punya ulang tu, terharu den. Sikit lagi rasa nak nangis. haha
Anfaal setakat explore kotak je la. haha sian adik.
Ni Anfaal dah stress..Aleesya tak bagi pegang.
penyudah nye tarik tocang.
Tu tangan tu sebab nak buat bunyi la tu..huarrrr..
Aleesya masih lagi menguasai.
Anfaal bosan. Asyek kene marah je dengan Aleesya. Last last member baring, main sorang-sorang.
tu nampak dia punya senyum melebor je. Sebab dapat peluang nak main. Almaklumlah..Aleesya time ni busy. tengok cerita upin ipin. Boleh lah Anfaal pulak melenjan buku ni.
Terserlah kebahagian kat muka tu dik..
Bukan main lagi duk follow lagu dalam ni.
Malam tadi buku e-book ni dah tak bunyi. Aleesya tekan-tekan pon tak bunyi. Terus member berjurai air mata keluar. Sibuk duk ngadu panggil abah..abah..abah...buku saya tak bunyi..dah rosak.. Abah sampai pening kepala dengar anak nangis. haha. Aleesya tetap nangis walaupun abah dah cakap nanti abah beli bateri baru, kita tukar. Nanti kakak boleh la main. Tetap member ni nangis. Balik kang memang kene p singgah kedai beli bateri ni. Sian kakak.
Ni kalau korang bekenan jugak nak beli. Sila contact Kak Peroz ni ye. Nak pos ke, cod ke. Semua boleh bawak berbincang.
3>