Salam semua.
Ni minggu lepas punya cerita. i oncall minggu lepas. huuyuuu best, tak payah bangun awal2. Melepak je kat rumah macam dugong. Tapi hari pertama je la yang best nye. Masuk hari ke-dua, i is kene engorgement. Apa tu engorgement? pi google sana. hehehe. Bahasa paling mudah paham adalah saluran susu tersumbat!!.
Mula2 tu tak tau pon kene engorgement, cuma rasa seram sejuk je, sikit lagi nak demam. Breast pon rasa sakit. Masa tu ingat kan demam je la. Takde syak apa2 lagi. Tapi makin lama makin sakit plak breast. Telan panadol dan malam tu tidur la dengan berlinangan air mata. hahaha
Esok bangun pagi2 dengan harapan encik suami tak payah pergi kerja. Jaga orang i sakit kan. Skali dia p kerja daaa. Terus i emo, tak ambil tahu pasal i. hahaha. Orang sakit ni mengada sangat. Dalam pukul 10 pagi, eh eh eh, encik suami balik, masuk rumah terus ajak i p klinik. (take care rupenye..)
Dekat sejam tunggu, coii..nasib tengah sakit, kalau x, dah lama brambus. huuu. Masa jumpa doc tu, baru lah tau kene engorgement. Doc cakap, kene rawat cepat2, kalau lambat nanti bernanah, tak leh buat apa dah, doc antar pergi bedah, buang nanah. Dalam hati i masa tu, ye ye ye doc ni, macam sengaja nak takut kan i je. sioottt.
Doc siap ajar macam mana nak rawat. Letak air panas dalam botol susu, separuh je. Lepas tu ambil la kain apa pun, balut sikit botol tu. Pastu golek kan pada breast, pada tempat yang sakit tu. Buat dalam 5 ke 7 minit, pastu perah. Ulang la step tu sampai rasa sakit tu hilang. Doc bekal kan ubat tahan sakit dan antibiotik. Doc pesan kena jaga makan minum. Especially caffeine, say big no!!. Masa doc pesan tu, dalam hati i cakap, its ok, i memang tak minum. Lain la kalau doc cakap tak leh minum air mangga ke..mau i langgar je pesanan doc tu. haha
Rasa2 ni kene engorgement mesti sebab i ada sikit2 malas nak mengepam. huhu. Minggu tu memang ada skip2 jadual pump. Dah sakit, baru rasa menyesal p skip jadual. Terus je lepas tu jadi rajin. So pada kawan2 semua, sila jaga jadual pump anda, jangan malas2, jangan skip2 ye.
Nah, tatap lah budak air liur meleleh ni, ibu mengidam nak makan roti paung, tak lepas lagi. Bila ntah nak p kuala terengganu ni..
No comments:
Post a Comment