Salam semua. hari ni nak cerita pasal oncall minggu lepas. Oncall paling sibuk skali rasa. Dari pagi sampai ke malam. Ada je aktiviti nak buat.
17 November 2017
Pagi tu awal pagi dah kejut Aleesya dan Anfaal. Punya la semangat abah dia nak bawa anak jalan-jalan. Mujur la mood mek 2 orang tu okay, senang je bangun. Lepas je anak-anak dah siap mandi semua, moh la kita p gerai abah. Aku memang dari malam lagi duk menyanyi tepi telinga abah dia, nak makan roti sardin.
Sampai gerai abah, tak ramai orang. Wow..i like u.. Cepat sikit dapat makan. Bagi Aleesya dan Anfaal makan nasi lemak ayam goreng dulu. Dieorang dah kenyang, baru turn aku makan roti canai sardin. hoiii!! Sedap wehhh. Tulis ni pon dah terbaayang-bayang dah roti canai sardin ni. Harus p makan hujung minggu ni. Terliur la pulokkkk.
Lepas tu makan terus p Petrosains Playsmart Kuantan. Semangat sangat tau, belum buka pon lagi. Dah tercongok kami 4 branak depan pintu. haha. Lagi 2 3 minit nak buka, aku selamber je p bukak pintu, 'xbukak lagi ke dik'.. hahaha terus adik tu cakap..'em..xpela..akak masuk la..'. Apa lagi, berlari mek leesya masuk. Nampak menarik di mata dia la tu.
Macam-macam aktiviti ada, x keruan Aleesya dan Anfaal. Kejap lari p main sana, kejap lari p main sini. Aku biar kan saja, xlarat nak kejar-kejar.

ni seronok la mek 2 orang ni. Boleh touch screen.
main pusing laju-laju nanti ada button tekan, terus ring tu melambung. Suka sangat.
Macam biasa la, abah la yang kena layan. Ibu tolong ambil gambar je.
Yang ni mula-mula Aleesya x nak naik. Dah nampak ada budak naik, terus selok. Satu kerja pulok abah dia nak kena tarik tali tu.
Cubaan membuat roket. Nampak macam abah lagi semangat dari anak ni.
Yang Anfaal pon tekun tu. Ntah conteng apa la..
Kan dah cakap, abah yang semangat.
Anfaal suka sangat duk kerusi tu. Dapat tekan-tekan keypad. Berebut dengan Aleesya. Last-last Aleesya mengalah, p lari main menda lain.
Ada la dalam sejam duk dalam petrosains tu. Tu pon mek 2 orang ni x nak balik. Jenuh memujuk.
Dah dapat pujuk keluar, hujan pulak. So tunggu la dulu. X nak redah hujan.
Aleesya cakap penat. Aku biar kan saje dia nak baring. Lantak la Leesya, jangan nangis sudah.
Anfaal masih bergerak aktif.
Tu saje la tu nak p usik Aleesya, kena jerit skali dengan ibu, terus x jadi.
Dan-dan je Anfaal pon penat. Tiru mek Leesya baring. Ikut suka engkorang laa.
Disebabkan hujan macam lambat lagi nak berhenti. Aleesya dan Anfaal pon dah x keruan berlari sana sini, maka abahnya ngajak la p perpustakaan pulak. Dekat situ jugak. Aras 1. Seronok la perpustakaan ni, first time jejak kaki. Perpustakaan kanak-kanak. Seronok x terkata mek 2 orang tu.
Macam kan pandai je baca tu dik..Gaya tu dah ada.

Aleesya
Cantik kan. Aku suka betol dinding yang ni.
Ni yang saiz kecil. Gambar sama je dengan yang atas tu
Fish
Baca buku dinasor
Cantik dan bersih tempat ni.
Aleesya dah buat macam rumah sendiri dah.
P main kat sini pulak. Angkut semua buku-buku.
Punya la best, kemain lagi dierg ni. P baca buku kat situ pulak.
Nampak macam padang kan.
Anfaal
Duk dalam perpustakaan pon lama la jugak. Asyek menjerit-jerit je 2 orang ni. Abah x tahan dah, ajak keluar.
Tunggu lift
Aleesya selipar terbalik. hahaha
Hujan pon dah reda. Moh la kita balik. Tengahari dah. Terus singgah kedai nasi ayam kat kemunting. tu nasik ayam peberet mek 2 orang tu. Lepas tu balik rumah. Abah nak p solat jumaat pulak. Aleesya dan Anfaal mandi, masuk bilik, tidur. 2 jam jugak lena. Bangun tidur je dah asar.
Terus siap-siap p ambil mak. Mak ajak p balok. Nak p melawat nyang. Sampai je balok, umah maksu. Duk sembang-sembang sat, lepas tu abah nya ajak p pantai. Niat nya nak bawak Aleesya dan Anfaal main layang-layang kat pantai.
Nak bagi anak yang main, Tapi abah dia plak yang main. Anak lagi tertarik nak main pasir dari layang-layang.
Mek pembersih ni. Aku xtau la nak main pasir macam mana. Tengok tu..dah patah balik kat ibu abah
'Pasir..pasir..kotor kaki'..Hoi..i stress betol. Anfaal ni pantang betol la kaki kotor, basah ke..mula la buat perangai ni.Ni ada dekat 5 kali ulang alik ni, sebab kaki kotor kena pasir. Doh guane nok main kalo x kene pasir dikkk?
18 November 2017
Pagi aku masak nasi goreng untuk aku laki bini. Anak-anak aku masak nasik putih dengan ikan goreng. Tengok cerita kartun kejap, lepas tu terus keluar. Ni pon semangat ni. Nak bawa anak-anak p main bowling. Kat kuantan ni, yang ada bowling budak-budak ni, dekat Kuantan Plaza je. Yang lain semua bowling untuk orang dewasa. Siap la bawa stokin ni sorang satu. Dah sampai sana, rupa-rupanya, budak x kisah pon. Pakai selipar pon xpe. Menunggu jugak la nak boleh ke main nya. Token dah habis. Kat sini bowling budak jenis masuk token, 1 game, 2 token. RM4.

Aleesya tengah lempor bola bowling.
Anfaal pulak.
Xlama pon kat sini.Bagi anak-anak pengalaman baru main bowling. Ikutkan plan, lepas anak-anak main, turn ibu dan abah pulak main. Tapi hari tu bowling full tuk dewasa. Siapa ntah yang buat tournament, semua lane full. Maka bergerak la jenjalan pula
Tersampai pulak ke Kuantan City Mall (KCM). Ni mall baru buka dekat Kuantan. Kira first time la p ni. Sebelum ni nak p dah, tapi abah dia cakap xdapat cf lagi. So apa-apa berlaku atas tanggungjawab pihak management KCM la. Now dah ad cf, moh le kite p melawat. Ni pon xlama sangat dalam KCM, aku dah xlarat nak bejalan, rasa nak seret kaki je. takpon duk dalam troli. Penattt.
Tengahari macam biasa la, bagi anak-anak tidur dulu. Nanti petang baru sambung jalan-jalan. Bangun je tidur, Aleesya terus ajak p jalan-jalan. Ingat tu. Bagi mandi siap-siap. Moh la kita p taman. Naik motor je.
Sampai taman, macam biasa la..bagi abah la yang layan anak-anak. Aku time ni ada isu pulak. Hospital call. Oncall kan.
Sempat la ambil gambar kejap
Ni aku duduk dekat kerusi. Tengah nak setle isu oncall. Boleh pulak la telefon ni mampos. hoi..hangin je aku. Terus ajak laki balik cepat-cepat. Nak balik rumah sendiri macam jauh plak rasa, singgah la sungai isap. Charge telefon kat rumah mak la senang.
19 November 2017
Pagi tu pergi sarapan dekat semambu. Jauh oi.. Asal nya nak sarapan dekat permatang badak je..skali p penuh la pulak. Menyampah betol. Then decide nak p makan mee calong. Dalam perjalanan tu tetiba rasa macam jauh pulak nak sampai. Tukar lokasi la. P la makan dekat semambu. Siap-siap makan terus p Taman Teruntum. Tempat kesukaan budak-budak.
Kebetulan sampai tu, tukang jaga tengah bagi makan buaya. Punya la seronok budak 2 orang ni. Duk tunggu sampai habis. Aku tengok kejap je. Lepas tu lari p duduk jauh sikit, xtahan bau.Busuk. Hahaha. So abah dia la yang handle anak-anak. Kepit la kiri kanan anak tu.
Anak orang lain elok je berdiri tepi pagar, anak kami siap duduk atas pagar. Xnampak buaya katanya.
Habis je tengok buaya, berlari p tengok monyet pulak. Lepas tu berlari p main buai dengan gelongsor. Padan duk ulang yang tu la, buaya, monyet, buai. Tak tau berapa pusingan dah Aleesya dan Anfaal ni.
Ntah apa sembang 2 beradik ni
Nak dekat tengahari dah baru keluar dari Taman Teruntum ni. Xtahan dah panas. Laki ajak singgah Serambi Teruntum pulak. Tapi kan, kami pusing je Serambi Teruntum tu, xturun kereta pon. Sebab panas, aku malas nak deal dengan panas, dengan anak-anak lagi. Next time je la kite singgah Serambi Teruntum tu.
Habis dah entry paling panjang aku cerita ni. Harap masa hadapan ada kegigihan macam ni nak taip panjang-panjang. Harapan..harapan.
No comments:
Post a Comment