Thursday, February 22, 2018

Selamat hari lahir yg ke 4

Selamat Hari Lahir Nur Aleesya yang ke-4. Walau pun dah lepas, ibu buat jugak entry ni. Sebagai kenangan. Birthday Aleesya on 10 Januari lepas..tapi hari ni baru nak update. simptom malas tu biasa la kan. huhu Macam biasa la gambar sentiasa tidak mengikut urutan. Janji ada ye kakak. Ibu abah adik sayang kakak selamanya.

moh kite tengok gambar besday kakak.

ni malam 10 januari tu..potong kek kat rumah tok abah. Plan asal sebenarnya, x nak pon beli kek. Ntah macam mana tetiba masa nak pergi rumah tok abah tu, encik suami berhenti beli kek.


 nampak kakak semangat tu..semangat makan aising je tu.Adik lagi la..xmakan langsung.


Birthday kali ni bawak dieorang pergi Safari Park Gambang. Ni pun xde dalam plan. Plan asal nak pergi keluar Pahang. Tapi memandangkan masa tu mokteh kena admit wad. Terus encik suami xde mood nak pergi keluar Pahang. Maka nya, moh le kita bergembira di Safari Park ni.


Cubaan menjadi lion.


Adik pon buat jugak.





 Okay..kakak n adik malas dah nak ambil gambar. Takut lion tu katanya..konon..

Jalan nak masuk ke safari.



lion putih tengah lepak-lepak. Pemalas ni. adik dan kakak ketuk-ketuk cermin panggil, buat tak layan je. caisss






Jadi la ada jugak gambar ibu dan abah.

Selok la nampak burung merpati ni. Apa lagi..kejorrr!!!!

Suka sangat adik dan kakak.







eh..ada angsa. Ni kalau zaman ibu kecik-kecik dulu, memang cukup anti dengan angsa. Suka sangat kejor masa nak pergi sekolah. Dah la masa tu, jalan kaki je. stress tau.



ni mula-mula adik suka la..sekali ayam tu kejor. kahkahkah..tak cukup tanah lari.

ibu duduk dulu la..penat. Tapi sekejap je kat rumah kampung ni. Bau tahi ayam kuat sangat. malas nak hadap.



ni gambar dekat tempat ikan. Tak tau la ikan apa. Keruh sangat air. Tapi nampak la bayang-bayang ikan tu. punya la besor. ikan toman kot. Bukan apa ibu ambil gambar ni, sebab tetiba abah cakap, eh..ad ikan kuning kecil la..gerak-gerak tu.. Punya la ibu intai, xnampak-nampak pon. Skali...hoiii..kerongsang ibu la..kebetulan ibu pakai kerongsang ikan masa tu.. abah mu ni la kakak...macam-macam. Sakit perot ibu gelak.

ni ambil sebab haiwan ni warna hijau. ibu kan suka. 


eh..x hijau pon ibu ambil jugak. sebab ibu x jumpa cari haiwan tu. korang nampak?


Nampak je arnab, terus p usik-usik. Sekali lepas tu duk berebut. Arnab warna putih ada satu je, duk la berebut yang tu. yang lain xnak pegang..kotor katanya.. hoii dah satu hal duk menangis kat situ. lantak korang. malas nak layan.

gilir-gilir pegang








abah pon pegang jugak. Tapi pegang kambing. hahaha




Ada banyak sangat haiwan. Masuk pukul 12 tengahari, 4 petang baru keluar. Memang berbaloi sangat bawak anak-anak p safari ni. Tapi xsemua la gambar ibu ambil. ibu pon malas nak pegang telefon. Masa awal-awal je rajin, lepas tu nak dukung la..nak itu la..ini la.. sudah nya simpan je la telefon dalam beg. jom jalan dengan gembira. 

dalam kereta. masa balik. Terus kakak tidur. kepenatan.

Adik pon sama..tewas!!

Jadi la kan..ada juga gambar famili sempena birthday kakak. 

 eh..ada lagi gambar malam tu.

ni la rupa kek birthday aleesya. Kek perisa pandan cap sungai wang. X rugi beli. Habis. 
Aleesya turn 4. eh ada ibu turn 13. hehehe. Macam biasa la..menjak Aleesya ada ni, mesti sambut sama dengan birthday ibu. Beza 2 hari ni. Aleesya on 10 januari, ibu on 12 januari. Maka nya, moh la sambut sama-sama.

Kebetulan malam tu..tokwan jamil dan opah esah pon ada. 

Ni la tok abah razak kita.

Opah zainab..tengah makan. hihi.

okay..itu aje. 
Happy birthday nur aleesya. we love u. muah muah muah.



No comments: