Friday, March 16, 2018

potty train

Salam Semuaa

Minggu ni dah minggu ke 5 ajar Aleesya dan Anfaal tak pakai pampers. Aleesya sekarang da 4 tahun. Anfaal pulak 2 tahun setengah. Kalau ikutkan hati dah lama dah nak ajar ni. Tahun lepas pernah je ajar. Tapi fail..Aleesya asyik kencing dalam seluar je. Ibu pulak kurang kekuatan. Terus stop macam tu je. Awal bulan 2 hari tu, terbaca post Kecik nak ajar anak dia, Medina tak pakai pampers. Terus esok nya tu ibu cuba la dekat anak-anak.

10 Feb 18, hari pertama ajar. Ibu siap catit dekat kalendar. Kebetulan hari cuti pulak. Ibu abah tawakal je. Maklumlah, kami ni kalau hari cuti tak duk diam kat rumah. Ada je alasan nak keluar rumah. Jadi nya bertabah je la.

Hari-hari seterusnya pon sama je. Aleesya memang bagus sangat. Cuma nak berak je problem sikit. Aleesya taknak masuk tandas. haha. Kena pujuk-pujuk sikit dan teman dia, baru la okay. Anfaal pulak time nak berak okay. Laju je masuk tandas. Tapi minggu pertama tu..seminggu la lap lantai. Anfaal dah nak terkencing sangat baru bagi tau. depan bilik air, kat dapur..tak sempat nak masuk bilik air. 


Masuk minggu ke 2, anak-anak duduk rumah mama. Masa ni baru la nampak Anfaal makin okay. Tak kencing sangat dah dalam seluar. Ada la terbabas tu..tapi tak sekerap duduk dengan ibu. Mujur la mama okay..tapi hari pertama Anfaal terkencing dekat rumah mama tu..kelam kabut ibu abah. Jenuh mintak maaf dengan mama. Rasa tak seronok la anak kita terkencing dekat rumah orang, bersalah rasa. Siap pesan dekat mama kalau rasa Anfaal tu tak sedia lagi, bagi je pakai pampers. Nanti dekat rumah kami sambung train. Tapi alhamdulillah mama faham. Anfaal ni kalau mama yang cakap, ingat sangat-sangat. Tapi kalau ibu abah yang cakap, macam angin sepoi-sepoi lalu telinga. Buat tak reti je.

Tiap kali ambil dari rumah mama..mesti paw ais krim.

Minggu ke 3 dan seterusnya..makin okay sangat. Dah jarang sangat Anfaal terkencing. Seronok sangat rasa. Macam tak percaya je anak-anak dah tak pakai pampers. Cuma waktu tidur masih lagi pakaikan. Baik tidur siang mahu pun malam, mesti pakai kan pampers. Sampai sekarang ni. Ibu abah takde kekuatan lagi nak kejut anak masa tidur untuk pergi kencing. Jadinya, pakai la pampers tu dulu. Siang tak pakai pon ibu abah gembira sangat-sangat dah. 

Walau pun dalam proses training lagi..waktu merayap keluar tetap ibu abah takde limit. haha.. pantang cuti je, ada je tempat nak pergi..giant la, nirvana la, sg isap la..batu 12 la..eh..pendek kata, selagi tak malam..berjalan saja la. Waktu keluar dari rumah pon, tak pakai kan pampers. Masuk Giant, kang ada la drama berlari-lari sebab anak nak kencing. Masa sampai tanya nak kencing tak, cakap tak. Bila dah dekat dalam, baru cakap nak kencing. rasa macam nak terbang troli abah tolak. Risau terkencing dalam seluar. Mujur la pandai tahan sekejap. Kalau dalam kereta, tak sempat cari tandas..biasanya ibu suruh je anak-anak kencing dalam pampers, lepas tu bukak la. Pampers memang stand by la dalam kereta. 

Adik depan, kakak belakang. ntah main apa dua orang ni

Bila kakak depan. geli adik pegang katanya.

ni minggu lepas. Anfaal demam. Lepas pergi klinik, paw abah air milo.

ni nak tunjuk mama jalin buat tocang. 


the end.

No comments: