Monday, March 26, 2018

Durian

Salam Semua

Durian ni kan..memang saje je kan. Tak nak turun harga. Memanjang je mahal. Stress je rasa. 2 minggu lepas nirwana ada keluarkan durian. Kebiasaannya, durian dekat nirwana ni murah la sikit dari tempat lain. Yang longgok, rm15. Yang timbang kilo pon ada. Harga start dari rm9.90 sekilo. Mek leesya tu kalau nampak je durian, mula la. Cakap sedap la..ibu abah beli la.. Dah kesian pulak rasa, anak nak makan. Beli la yang selonggok rm15 tu. Balik rumah sedikit hampa la. banyak yang masam. adududui..frust nyaaa.

Minggu lepas p lagi nirwana. pergi pon dah malam. Nak beli buah. Sebab kat rumah dah kehabisan buah. Ada la barang dapur sikit nak beli jugak. Kebetulan masa tu ada durian. Terus pocik tu tanya..tak nak beli ke. Mula macam tak nak, tapi kesian pulak mek leesya duk sebut-sebut nak makan. moh la kita pusing semula. jom p beli durian. kali ni tak beli dah durian longgok. Beli yang timbang kilo pulak. Sekilo rm14.90. Beli la 2 biji. Tu pon harga dah rm35. Tepuk dahi la durian ni. Nasib la time tu pocik baru bagi duit. Boleh la beli. Kalau tak, ambil bau je la.

Durian sekarang memang boleh buat duit tau. Nyesal plak dulu tak beli kebun durian. hahaha

 2 biji je. tu pon dah suruh dierang buka dulu. kalau elok ambil, tak elok tak nak. nasib dua-dua elok. Tak la besar mana, sedang-sedang je.

Dapat banyak ni. Okay la setakat mek leesya nak makan. 

 Anfaal tu bukan makan pon. Dia memang tak minat durian. Cuit-cuit je. Lepas tu cakap tak sedap. Sebab lembik.

Masa sampai rumah tu dah pukul 10malam. Terus laju-laju masuk dapur. Masak nasi. Kebetulan hari tu memang tak masak. Makan malam kat kedai.  Dah alang-alang beli durian. Teringin pula nak makan nasi dengan durian. aduiiiii...nikmat nya. 

Durian + nasi + gula + air garam

okay..dah terliur semula tengok ni. Tunggu gaji la beli.

No comments: