Monday, March 26, 2018

Happy Anniversary to us

Salam Semua...

Siapa sangka sekejap je dah 5 tahun kahwin. Rasa macam baru semalam kahwin, mengandung, beranak...mengandung beranak..eh..mengandung lagi. Padan gitu la. 7 tahun kenal. Tak sangka betol akhirnya jadi suami isteri. Ni cerita perkenalan kami. link 1, link 2. 

 Kali ni jatuh hari jumaat. Jadinya..moh la kita cuti jumaat lepas. Walau pon cuti, tetap bangun tidur pukul 5 pagi. Masak pulut kuning. Sebab malam tu pocik tu request. Malam khamis tu p rumah tok abah. Opah Misah masak nasi ayam. Jadi pocik cakap balas balik la..tu yang pocik minta pulut kuning. Jadinya kita masak je la. bukan susah pon. lagi pon..banyak pulak lagi pon..dah lama tak makan sarapan sama-sama dengan orang batu 12 ni. 

pukul 7 pagi dah call mak. minta mak goreng ikan masin. Ni semata-mata buat pulut je.Takde rendang apa pon. Tak pandai buat rendang. asyik tak jadi je. So, kita takyah buat. 

15kg
 7.30 pagi..tidur lagi Anfaal. 

18kg
Mek leesya pon sama. ZZzzzz...

Sekejap je p batu 12. Hanya untuk sarapan je. Pukul 10 pagi macam tu semua dah gerak. Opah Misah pon nak balik dah, papa dan mama pon gerak p bandar, tok abah pon keluar dating. Kami pon gerak juga la. Nak p klinik. Pocik nak ambil ubat. Sepatutnya 3 4 hari sebelum tu lagi kena p ambil, tapi lupa. Sempat la juga betul kan selipar yang macam mulut ikan dah tu. Baru rm1 tampal. Ntah kenapa la sanggup pakai dah sebulan macam mulut ikan tu. 

Malam tu p sungai isap. Takda sambut apa pon. Tapi kami cukup bahagia. Asal boleh p batu 12 dan sg isap. Rasa okay sangat dah. Bukan apa..masa cuti je la ada masa nak p tengok mak abah. Nanti kerja, tak sempat.  

70kg vs 85kg
Semoga kami kekal bahagia selamanya.

Now 37week of pregnancy. That y la i gemuk. muahaha. Couple more week to go. Tapi dalam gambar tu tak nampak macam pregnant kan. Mungkin sebab perut maju ke depan. Kalau dulu pregnant, perut maju ke tepi. Harap-harap semuanya berjalan lancar. Doa kan ye kawan-kawan.

No comments: