Salam semua.
Moh ler kita kongsi cara masak pulut. Pandai sangat tu tak, tapi nak makan tu boleh la. Kerap ibu masak pulut ni, sebab anak-anak makan. Sebulan tak tau berapa kali masak. Selagi Anfaal dan Aleesya tak boring, selagi tu la ibu masak.

ni kejadian yang dah siap.
ni guna 2 cedok beras pulut. Penyukat tu pakai cedok beras yang plastik tu. ni ibu buat 2 cedok sebab ibu pon nak makan jugak. kalau untuk anak-anak saja, ibu buat 1 cedok setengah je.
ni gambar penyukat tu.
letak 1 sudu kecil kunyit. kat rumah ada kunyit serbuk je. Kalau suka kuning pekat, letak la banyak kunyit. kalau tak suka, nak buat putih je, tak yah letak kunyit. ni memang kegemaran mata ni..nak juga warna kuning. Kalau buat putih je. Aleesya panggil nasi pulut. hihi
Letak air. Biar bagi tenggelam beras pulut. Tu atas penutup tu, asam keping. Orang cakap letak la asam keping nak bagi berkilat. jadi moh le kita letak. Biasa ibu rendam petang, masa balik kerja. Tak pon masa malam.
Bangun pagi tu, terus basuh beras pulut. Buang la asam keping. Pastu ambil kain lapik macam dalam gambar ni. Pastu letak la beras pulut yang dah basuh tu. Ada orang letak daun pandan, nak bagi wangi. Tapi rumah ibu ni biasa nya memang takda daun pandan, jadi tak payah letak. Kalau rumah engkorang ada, rajin letak, tak rajin takyah letak. Kalau tak ada kain sangat nak lapik. ambil la tudung bawal, shawl ke yang lama2 tu..yang nipis tu.. buat alas.. Tapi jangan lipat plak. Nanti tebal. Kukus selama 30 minit.

Sementara nak tunggu 30 minit tu..moh kita prepare santan dia pulak. Ibu pakai santan kotak Kara yang kecil ni. 200ml. Ibu tak pandai pakai kelapa biji tu. Tak reti nak agak santan banyak mana. Jadi jangan pening kepala. Pakai je santan kotak. Insyaallah sedap. haha. untuk 2 cedok beras pulut, guna setengah kotak santan.

Agak-agak je letak garam dan gula dalam santan tadi. pastu kacau (kalau mek leesya panggil kucau) sampai dia mesra.
Ni la pulut yang dah kukus selama 30 minit tu..

Agak-agak dah mesra pulut dengan santan tu. Letak semula dalam pengukus. Kukus lagi 15 minit.Kenapa kukus 2 kali. Sebab mak pesan, kalau nak pulut tahan lama, kena kukus 2 kali. lagi pon santan tadi kan kita tak masak atas dapur. Ni kira nak bagi santan tu masak la.
ni la kejadian selepas 15 minit tu..dah siap.

Letakkan pulut yang dah siap tu dalam bekas. tu dalam gambar dah ready dah untuk buat bekal aleesya dan anfaal.


Tuang pulut yang dah kukus tu dalam bekas. Campurkan santan yang dah mesra dengan gula dan garam tu. Gaul-gaul sampai sebati. yang ni ibu suka pakai sudu @ cedok plastik. Nanti dia kurang melekat.

Agak-agak dah mesra pulut dengan santan tu. Letak semula dalam pengukus. Kukus lagi 15 minit.Kenapa kukus 2 kali. Sebab mak pesan, kalau nak pulut tahan lama, kena kukus 2 kali. lagi pon santan tadi kan kita tak masak atas dapur. Ni kira nak bagi santan tu masak la.

ni la kejadian selepas 15 minit tu..dah siap.

Letakkan pulut yang dah siap tu dalam bekas. tu dalam gambar dah ready dah untuk buat bekal aleesya dan anfaal.

Masuk pulut dalam acuan, ikut suka engkorang la nak buat macam ni ke tak. Ni ibu buat kecil-kecil senang nanti anak nak makan. Dah masuk dalam acuan, tekan dengan sudu bagi mampat.

Tadaa!! dapat la 23 bulat kecil. Cukup la untuk bawa bekal sarapan rumah mama. Yang bekas ungu tu bekal anak-anak. Yang biru tu bekal ibu. Lepas siap buat ni, ibu biarkan bawah tudung saji, jangan terus tutup bekal tu. Kan panas dia tak hilang lagi. kalau terus tutup masa panas, nanti cepat basi pulut. pergi la mandi, siap-siap diri nak pergi kerja. Dah nak keluar rumah nanti, baru ibu tutup bekal ni.Haa..senang je kan nak buat. Kalau sekali buat tak berjaya, mohon buat lagi. Insyaallah jadi. Cuma kena ada semangat dan kerajinan je. Ni kalau nak buat banyak..kena p google resepi la. Ibu tak pandai nak buat dalam kuantiti yang banyak.